Friday, May 15, 2009

Bab 6 : Pengenal Kepada Hakikat Insan - Pertama

6. PENGENAL KEPADA HAKIKAT INSAN19 PERINGKAT


Menurut Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim, pengenal kepada sebenar-benar diri (atau hakikat insan) itu 19 peringkat . Pengenal ini juga disebut sebagai KAJI DIRI. Tuan Guru berpesan supaya kaji diri ini diulang-ulang pagi dan petang, siang dan malam, susah dan senang sehingga FAHAM kesimpulannya dan TAHKIQ segala yang ditunjukkannya (yakni dapat menerangkan kesimpulannya dan faham pula kesimpulan kalimah Tauhid).

Pertama :

20 perkara yang WAJIB iaitu bangsa diri, keadaan diri dan kelakuan diri.

Bil 6 sifat yang dinamakan BANGSA diri

1 Ada aku dapat tiadanya.

2 Ada permulaan.

3 Berubah-ubah.

4 Seumpama aku dengan sekalian alam.

5 Kekurangan.

6
Berlapis dan bersusun.

7 sifat yang dinamakan KEADAAN diri

7 Berkuasa dengan tulang, urat, darah, daging dan otak benak.

8 Berkehendak dengan hawa nafsu

9 Mengetahui dengan hati dan perguruan.

10 Hidup dengan nyawa.

11 Mendengar dengan lubang telinga.

12 Melihat dengan biji mata.

13 Berkata dengan lidah, huruf dan suara.


7 sifat yang dinamakan KELAKUAN diri

14 Kelakuan kuasa dapat aku berkuasa

15 Kelakuan berkehendak dapat aku menghendaki

16 Kelakuan tahu dapat aku mengetahui

17 Kelakuan hidup dapat aku memelihara diri.

18 Kelakuan mendengar dapat aku mendengar

19 Kelakuan melihat dapat aku melihat

20 Kelakuan berkata dapat aku berkata.

Friday, May 8, 2009

20 Sifat Yang WAJIB Bagi Allah

7. 20 SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH (PADA AKAL)

6 sifat yang dinamakan bangsa zat Allah
1 Wujud (ada)
2 Qidam (sedia ada, Dia yang awal, tiada permulaan)
3 Baqo (kekal, Dia yang akhir, tiada kesudahan)
4 Mukholafatuhulilhawadith (Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu)
5 Qiyamuhubinafsih (Berdiri dengan sendirinya)
6 Wahdaniat (Esa zat-NYA, bukan berlapis dan bersusun)
7 sifat yang dinamakan keadaan zat Allah
7 Qudrat (Kuasa, bukan dengan tulang, urat dll)
8 Iradat (Berkehendak, bukan dengan hawa nafsu)
9 Ilmu (Mengetahui, bukan dengan hati/berguru)
10 Hayat (Hidup, bukan dengan nyawa)
11 Sama’ (Mendengar, bukan dengan telinga)
12 Basar (Melihat, bukan dengan mata)
13 Kalam (Berkata-kata bukan dengan lidah, huruf dan suara)
7 sifat yang dinamakan kelakuan zat Allah
14 Qodirun (Yang Berkuasa bukan dengan tulang, urat dll)
15 Muridun (Yang Berkehendak bukan dengan hawa nafsu)
16 ’AIimun (Yang Mengetahui bukan dengan hati/berguru)
17 Haiyun (Yang Hidup bukan dengan nyawa)
18 Sami’un (Yang Mendengar bukan dengan telinga)
19 Basirun (Yang Melihat bukan dengan mata)
20 Mutakallimun (Yang berkata-kata bukan dengan lidah, huruf suara)

6 Persamaan Pada Semua Makhluk

5. ENAM PERSAMAAN PADA SEMUA MAKHLUK

Semua makhluk (zahir dan ghaib) mempunyai sifat yang berbeza-beza dan ada yang seumpamanya yakni mempunyai persamaan iaitu bertempat, mempunyai sifat, warna, jihat dan rupa masing-masing. Menurut Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim, setiap yang baharu, wajib thabit baginya enam perkara iaitu:
1. Wujudnya dapat tiadanya.
2. Ada permulaan.
3. Berubah-ubah.
4. Bergerak atau/dan diam.
5. Ada kekurangan.
6. Berlapis dan bersusun.

Monday, May 4, 2009

Isi Kandungan Buku

1. Mari Kita Mengenal Allah – ms 3
2. Tujuan Mengenal Allah - ms 4
3. Mengenal Diri Sendiri Sebenarnya Mengenal Allah - ms 5
4. Pengenal Kepada Diri 14 Perkara - ms 5
5. Enam Persamaan Pada Semua Makhluk - ms 7

6. Pengenal Kepada Diri 19 Peringkat - ms 8
1. Dua puluh sifat yang wajib bagi manusia - ms 8
2. Yang Ditunjukkan Bangsa, Keadaan dan Kelakuan Diri - ms 10
3. Makna Diri - ms 12
4. Makna Keadaan Diri - ms 14
5. Makna Kelakuan Diri - ms 15
6. Yang Ditunjukkan Bangsa Diri - ms 16
7. Yang Ditunjukkan Kelakuan Diri - ms 18
8. Yang Diambil Oleh Bangsa Diri - ms 19
9. Pengenal Kepada Kelakuan Diri - ms 21
10. Diambil Dari Keadaan Diri - ms 22
11. Kelebihan Kelakuan Diri - ms 23
12. Setinggi-Tinggi Kelakuan Diri - ms 25
13. Ketiadaan Yang Tujuh - ms 27
14. Yang Tiada Dapat Oleh Bangsa Diri - ms 28
15. Yang Tiada Disentuh Oleh Kelakuan Diri - ms 29
16. Had Kelakuan Sibaharu.- ms 30
17. Yang Tiada Dapat Oleh Kelakuan Diri - ms 32
18. Jikalau Tiada Zat Mustahil Jadi Kelakuan - ms 33
19. Pengambilan Daripada Kaji Diri Dan Pengenal Kepada Allah - ms 34

7. Dua Puluh (20) Sifat Yang WAJIB Bagi Allah (Pada Akal) – ms 35

8. Perintah Mengesakan Allah. – ms 36
8.1 Makna ESA Menurut 3 Hukum – ms 37
8.2 Maksud Zat Allah Ta’ala Tidak Berbilang-Bilang – ms 38
8.3 Maksud Zat Allah Ta’ala Tidak Berlapis – ms 39
8.4 Maksud Zat Allah Ta’ala Tidak Bersusun – ms 40
8.5 Sifat Yang Mustahil Bagi Allah – ms 40
8.6 Ringkasan Sifat 20 – ms 42

9. Penutup – ms 44


Sambungan daripada bahagian yang di pos terlebih dahulu.


4. PENGENAL KEPADA HAKIKAT INSAN 14 PERKARA

Mafhum hadith Nabi :

“Barang sesiapa mengenal dirinya (hakikat insan) nescaya dia mengenal Allah“

1. Pengenal yang dikata WUJUD kita itu iaitu yang telah naik saksi segala pancaindera mendapat akan dia dan hati, kerana ada ia maka dikata ada. Jika sekira-kira tiada ia, tiada dikata ada. Dan jika kurang ia, kurang adanya dan jika lengkap ia, sempurna adanya dan jika sakit ia, sakit adanya dan jika senang ia, senang adanya. Qiaskan olehmu.

2. Esa diriku itu berlapis dan bersusun.

3. Asal diriku itu mani yang cair menjadi tulang keras, urat dan darah yang teguh dan sempurna kejadiannya. Ia tanda pada akal bahawa tiada lemah Allah Ta’ala menyiksa yang hancur busuk.

4. Kenalilah dirimu itu sejujur hati bahawa, kedudukan sekalian anggotamu, serupa sebagaimana kebanyakan manusia, dan sangat disayangi. Sekira-kira kedudukannya diubah, nescaya tidak dipersetujui melainkan sebab terpaksa. Maka itulah tanda ia pada akal, Yang Menjadikan itu sangat adil.

5. Kenalilah dirimu itu, iaitu tangan dijadikan pencapai, ada yang dicapai, dijadikannya perut lapar, maka ada yang dimakan dan sebagainya, qiaskan olehmu. Maka ia menjadi tanda pada akal bahawa, segala puji pada yang menjadikan itu.

6. Kenalilah dirimu, iaitu tiada sekali-kali engkau mengetahui dan dapat menyebut segala nama dan perkataan melainkan kerana engkau telah mendengarnya daripada orang yang terdahulu daripada mu. Maka itulah tanda pada akal bahawa, al-Qur’an yang mulia itu tidak dapat difahami melainkan dengan berguru pada orang yang memahaminya.

7. Kenalilah dirimu, tiada hatimu sekali-kali mengetahui akan sesuatu perkataan, rupa dan suara keras atau lembut, rasa masin atau manis dan sebagainya melainkan yang ada pada hati ialah, berfikir dan mempertimbangkan serta mengingat yang didapati oleh segala pancaindera jua.

8. Kenalilah dirimu, bahawa engkau tidak dapat menyampaikan segala perasaan pancaindera mu itu kepada orang lain, walaupun dia sangat hampir kepada mu. Maka itulah tanda pada akal bahawa, tiada boleh mengikut kata kitab atau fatwa melainkan dengan mendengar dalilnya atau melihat segala dalil yang tiga itu. Telah terdahulu dalilnya daripada firman, tentang penglihatan masing-masing, bagi diri masing masing, maka butanya pun demikian jua.

9. Kenalilah dirimu itu, iaitu tidak dapat engkau tahan nafasmu turun naik, dan muda mu agar jangan tua dan sebagainya pada hal ia dirimu sendiri. Maka itulah tanda pada akal bahawa, tidak boleh di tahan-tahan kekuasaan Allah.

10. Kenalilah dirimu itu, iaitu segala kehendakmu lengkap di bumi dan kamu sekali-kali tidak lepas satu perkara jua pun daripada 5 perkara iaitu :

i. Padanya kamu mengambil tempat walau ke mana dalam sebarang keadaan.
ii. Padanya segala rezeki.
iii. Ke sungai.
iv. Padanya air yang suci lagi dapat menyucikan diambil.
v. Padanya kamu dikuburkan sebagai mana yang telah dilihat dan
dirasakan. Maka itulah tanda pada akal bahawa, tiada sesiapa yang terlepas daripada hukum Allah yang disebut dalam al-Qur’an yang mulia.

11. Kenalilah dirimu, iaitu tiap-tiap yang thabit engkau lihat pada dirimu itu, thabit pula engkau lihat pada diri yang lain. Tak dapat tiada sama dirimu itu dengan dia. Sama yang dijadikan daripada tiada kepada ada. Maka itu tandanya kamu sama-sama dihukumkan dengan dia, dan sama-sama tiada terlepas daripada segala hukum yang disebut di dalam al-Qur’an yang mulia.

12. Kenalilah dirimu, iaitu engkau berasa sakit apabila disakiti oleh orang lain, sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Maka ia tanda pada akal bahawa jangan engkau kata atau engkau perbuat sesuatu, sekiranya orang lain mengatakan demikian atau membuatnya, sakit hatimu. Thabit sedemikian itu, tegah di dalam al-Qur’an yang mulia.

13. Kenalilah dirimu itu sentiasa hendak senang dan takut akan segala kesakitan. Maka itulah tanda pada akal bahawa segala anggotamu itu berkehendak menuntut yang diridhoi Allah di dunia dan akhirat.

14. Kenalilah dirimu, iaitu lidah digagahi supaya mengatakan perkataan yang tiada dipersetujui oleh pancaindera dan sekalian anggota serta hati seperti Firaun dan Dajjal buta kedua belah pada hal sangat susah lagi payah meninggalkan pendapat pancaindera, pada hal sangat mudah lagi disukai. Maka itulah tanda pada kita bahawa, ada seteru, iaitu si Khonnas namanya, yang terdiri daripada jin dan manusia kerana firman Allah dalam surah An-Nas ayat keempat.