1. MARI KITA MENGENAL ALLAH
Maksud ringkas bagi mengenal Allah ialah membezakan diri sendiri daripada yang menjadikan diri iaitu ALLAH. Setiap makhluk mempunyai persamaan dengan makhluk lain tanpa ada yang TERKECUALI. Hanya Allah yang TIDAK mempunyai persamaan dengan sebarang makhluk. Dari apa juga sudut seperti rupa, warna, tempat, masa dan sebagainya, Allah Ta’ala Maha Suci daripada mempunyai persamaan. Arus elektrik tidak kelihatan dan tidak boleh didengar, hanya dapat dikesan oleh alat pengesan. Maha Suci Allah daripada seumpama dengan arus elektrik. Udara tidak kelihatan tetapi dirasa oleh kulit. Maha Suci Allah daripada seumpama dengan udara. Hantu syaitan tidak kelihatan tetapi kita nampak gangguannya. Maha Suci Allah daripada seumpama dengan hantu syaitan. Matahari kita nampak bercahaya tapi tidak dapat disentuh. Maha Suci Allah daripada seumpama dengan matahari.
Sekalian makhluk sama ada zahir atau batin adalah jenis yang boleh dicapai oleh pancaindera, ada yang seumpamanya dan boleh difikirkan. Maha Suci Allah daripada seumpama dengan makhluk. Akal manusia tidak mampu memikirkan-Nya, membayangkan-Nya, membincangkan-Nya atau menerangkan-Nya. Hanya tanda-Nya yang mampu difikir-fikirkan, dibayang-bayangkan, dibincang-bincangkan dan diterangkan kerana tanda-tanda itu sahaja yang dapat dicapai oleh pancaindera. Tanda yang paling hampir ialah diri sendiri. Lihat dalilnya dalam surah Yunus : 101.
Mafhum firman Allah s.w.t:
"Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepada-Ku”
(Surah 51:56)
Manusia “tidak dikatakan mengenal” Allah, jika tidak menggunakan akalnya, untuk memikirkan tanda-tanda pada diri sendiri, bahawa dengan sesungguhnya “Allah Ta’ala tiada seumpama dengan sesuatu” yakni’ “ ليس كمثله شيء
Martabat Islam yang paling rendah ialah orang yang sudah selesai sekurang-kurangnya had fardu ain. Meninggalkan yang fardu ain seperti mengenal Allah adalah berdosa dan boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam. Orang yang tidak mengenal Allah bermakna belum selesai fardu ain. Orang yang taksir menyelesaikan sekurang-kurangnya fardu ain ialah orang yang zalim pada diri sendiri, menzalimi ahli keluarganya dan bersifat munafik.
2. Tujuan Mengenal Allah
A. TAHU :
1) Mensucikan zat Allah atau nama-NYA atau pekerjaan-NYA daripada segala perkara yang thabit pada yang BAHARU seperti yang disifatkan oleh segala yang kafir.
2) Mengesakan Allah.
3) Memuji Allah.
4) Membesarkan Allah.
5) Mendatangkan perasaan takut kepada Allah.
B. DAPAT menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela, “memperdaya” Allah serta umat, menipu manusia, dan meringan-ringankan perkara yang menyebabkan dosa BESAR (syirik) atau yang membatalkan Islam seperti :
1) Menduakan Allah.
2) Mensyarikatkan Allah atau Hukum-NYA.
3) Menyembah berhala.
4) Membesarkan diri kepada Allah.
5) Menyombongkan diri kepada Allah.
6) Mengingkarkan Allah atau Hukum-NYA.
7) Membantah Ayat Allah atau Hukum-NYA.
8) Mendustakan Ayat Allah atau Hukum-NYA.
9) Berpaling daripada Allah atau hukum-NYA.
10) Mengada-adai akan Allah atau Hukum-NYA.
11) Menghina Allah, Ayat-NYA atau Hukum-NYA.
12) Menyenda-nyendakan Allah atau Hukum-NYA.
13) Menyerupakan Allah pada makhluk atau Hukum-NYA.
14) Membandingkan Allah atau Hukum-NYA.
15) Orang yang ikut-ikutan dalam hal mengenal Allah.
16) Orang yang membuat kerosakan di muka bumi.
17) Menyembah syaitan atau tentera syaitan.
18) Menjadi orang yang jahil murakkab.
19) Menjadi Dajjal atau tentera Dajjal.
20) Menjadi munafik atau murtad.
3. MENGENAL DIRI SENDIRI SEBENARNYA
MENGENAL ALLAH
Lihat dalilnya, hadith Qudsi :
“Fikir oleh kamu pada segala makhluk yang dijadikan ini (yang terhampir adalah diri sendiri) dan jangan kamu fikir pada yang menjadikan makhluk itu (iaitu Allah) dan tiada meliputi fikir kamu akan dia”
Hadith ini menyuruh kita mengenal hakikat insan atau hakikat diri manusia iaitu bangsa, keadaan dan kelakuan zat. Begitu juga yang manakah zat, sifat dan kelakuan diri sendiri. Semua itu menunjukkan bangsa, keadaan dan kelakuan Allah. BUKAN bermakna zat Allah tidak boleh dikenal sama sekali, hanya sifatnya yang boleh dikenal. Perkataan itu membatalkan makna esa dan iktikad Allah Ta’ala Maha Esa. Maksud akhir ayat itu ialah “zat Allah tidak mampu difikirkan sama sekali” kerana tidak pernah dicapai oleh mana-mana pancaindera. Yang mampu difikirkan oleh akal manusia HANYALAH tanda-tanda Allah Maha Esa sahaja yang bertaburan diseluruh alam semesta. Mafhum Hadith Nabi :
“Awal-awal agama ialah ma’rifatullah,”
Maksud sebenar makrifatullah ialah mengenal Allah dan segala hukum-NYA yang terkandung di dalam al-Qur’an, sekurang-kurangnya untuk tetap sebagai muslim atau yang terlebih baik, tetap sebagai mukmin. Rujuk surah 20 : 14
No comments:
Post a Comment